Follow Us On Facebook

Kenapa Yuk Buat Blog!


Kenapa Yuk Buat Blog?


Satelah berjaya dalam pemasaran jaringan dengan penggunaan platform internet saya teruja untuk membesarkan jaringan saya untuk mengadakan seminar usahawan internet saperti apa yang dibuat oleh usahawan internet yang lain saperti fabian lim, zamri nayan, irfan khairi dan sebagainya. Kerana Apa? Kerana Lubuk Duit disitu dan ramai juga yang telah berjaya kerana pendekatan saperti itu. Tetapi, semuanya bertukar apabila saya dapati kebanyakan skim bantuan yang dijalankan oleh badan-badan amal untuk memberikan bimbingan kepada individu yang tidak bekerja, ibu-ibu tunggal dan sebagainya tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki. Walaupun individu ini dibimbing untuk mengikuti kursus-kursus bina diri atau keusahawanan saperti menjahit, refleksologi, buat roti, guting rambut dan sebagainya tetapi kerana tidak ada ilmu pemasaran dan modal maka mereka masih gagal! Dengar erti kata tak ada penjualan atau "NO SALES".



Jika tak ada jualan maka tak ada makan dan jika tak ada makan maka hidup tak tenang air mata pun berlinang! Memang benar itulah fakta iaitu jika kita diberikan Ilmu tetapi kita tak dapat menafaatkan ilmu kita maka ilmu itu menjadi sia-sia. Begitu juga dengan Perniagaan jika kita ada produk tetapi kita tidak tahu Ilmu Pemasaran maka Produk kita hanya kutip habuk setiap hari. Jadi dengan kerjasama individu yang mempunyai visi & misi yang sama kami menjalankan Program usahawan sosial ini iaitu:-
1) Mengadakan satu Platform Keusahawanan yang khusus untuk Ilmu yang betul untuk Pemasaran.
2) Mencari dan Menawarkan Platform Perniagaan untuk menjual barangan atau produk mereka dengan cara offline & online.
3) Mengadakan synergi keusahawanan dengan usahawan yang berjaya untuk memberi bimbingan atau menawarkan Mentorship Program.
4) Menawarkan platform pengiklanan yang boleh menjana pendapatan dengan sistem affilate yang boleh menjana pendapatan disamping menjadikan modal untuk membuka perniagaan mereka.
5) Melatih Usahawan-usahawan ini untuk menjadi Leader kepada usahawan-usahawan baru dengan membimbing mereka semula sebagai satu Proses Yang diajar harus juga Mengajar!
Saya percaya dengan pendekatan ini setidak-tidaknya saya telah berjaya melakukan sesuatu untuk masyarakat saya yang menjadi kebanggaan peribadi walaupun tak berupa materialistik semata. Dalam Blog ini saya akan menceritakan perjalanan kesukaran dan kejayaan misi & visi saya. Semoga ianya menjadi satu pedoman untuk yang lain mengikuti.

Jika anda mempunyai orang yang ingin anda bantu dalam program ini maka klik butang dibawah dan isi borang yang sisediakan. Impian anda adalah Impian kami dan kami adalah jembatan untuk anda merealisasikan impian anda.