Follow Us On Facebook

Buat Blog Cara Uncle Zin

Apakah Kaedah Pembelajaran Buat Blog Cara Uncle Zin?
Sabenarnya jika kita ingin buat blog kita hanya perlu mendaftar dilelaman blog percuma saperti blogspot, multiply, wordpress dan bermacam lagi. Kita juga dengan mudah akan dapat informasi-informasi mengenai pembikinan blog dengan hanya mencarinya dengan menggunakan enjin pencari. Jadi apakah keistimewaannya?


Keistimewaannya ialah dalam pembelajaran buat blog bersama Uncle Zin ialah beliau mengupas dengan peri pentingnya melakarkan strategi -strategi yang efektif untuk blog itu berjaya sebagai blog yang boleh buat duit.

Uncle Zin akan memberi langkah-langkah bagaimana nak membina pasaran niche perniagaan anda walaupun produknya serupa. Bagaimana pentingnya menggunakan sofwer keyword analysis. analisa konsumer dan lain-lain akan memberikan informasi yang berguna dalam pembikinan blog itu.

Begitu juga dengan pentingnya bagi usahawan menggunakan cara online dan offline dalam membina perniagaan mereka. Dalam On-line ia merupakan teknik pemasaran yang mudah, cepat dan berpotensi tinggi tetapi dalam offline usahawan dapat mengikat jalinan dan kepercayaan dengan berhubung terus dengan konsumer/pelanggan.

Dengan tip-tip yang hebat hasil dari pengalaman beliau lebih 20 tahun sebagai usahawan dan 8 tahun sebagai usahawan siber maka pengalaman dalam mengikuti kelas blognya amatlah bermenafaat dan berguna.

Setiap modul yang diolah oleh Uncle Zin merupakan satu pengalaman yang berbeza kerana ianya sama sekali tidak sama dengan mengikuti kelas blog yang lain. Sesi Blog Uncle Zin mempunyai 6 Modul tetapi biarlah anda tahu bagaimana 3 Modul yang pertama dijalankan umpamanya:-

Sesi Pertama: Mengenal Blog.
Uncle Zin akan menerangkan dengan terperinci bagaimana nak membina perniagaan dengan mencipta produk berdasarkan niche market serta bagaimana nak memileh nama yang boleh membina status ranking dienjin pencari.
Bagaimana nak dapatkan blog content cara mudah dan cara mudah untuk "translate" blog content itu kebahasa lain saperti Jepun, Cina, Philipine supaya senang kita memasuki pasaran mereka. Dan bagaimana kita harus tahu tentang Pemasaran Funnel yang berdasarkan mailing List dan prospekting melalui pemasaran emel.

Pada Sesi Kedua: Mendaftar keBlog dan Pembikinannya
Walaupun dalam sesi kedua ianya seakanpembelajaran yang sama tetapi Uncle Zin memberikan Tip-tip yang hebat untuk memastikan blog anda boleh mendapatkan hasil daripada contentnya sendiri. Dia memberikan 15 tips yang harus kita buat bila kita membina blog "content" itu.

Pada Sesi Ketiga: Bagaimana nak membuat Grafik yang impak untuk blog anda?
Disesi inilah yang benar-benar memberikan kepuasan bagi para peserta kerana Uncle Zin akan memberi teknik mudah untuk membuat grafik yang cantik, menarik tapi mudah! Uncle Zin akan memberikan lelaman-lelaman yang menarik utnk membuat grafik antaranya:-
Lelaman saperti On-line grafik - Untuk Membuat Poster
Lelaman untuk membuat banner
Lelaman untuk membuat Poster yang menarik
Lelaman untuk membuat Logo
Lelaman untuk membuat Poster motivasi
Lelaman untuk membuat grafik-grafik yang kelakar seram dan lain2
Disesi ini dijamin para peserta akan merasa masa berjalan begitu cepat kerana banyak perkara yang mereka rasa nak mereka lakukan.

Jadi Anda fikirkan sendiri akan kebaikannya untuk memasuki Kelas Bimbingan Uncle Zin. Jika anda rasa ianya sesuai untuk anda dan anda juga mempunyai impian untuk menjadi usahawan, jangan lupa untuk menalipon saya diTel: +65-97953416